bahasa melayu

Essay by tengkuB-, November 2014

download word file, 15 pages 0.0

Downloaded 3 times

Isi Kandungan

Perkara

Halaman

1.0 Pengenalan

3-4

2.0 Adat

4

2.1 Perkahwinan

5-8

2.1.1 Umur

9

2.1.2 Pertempatan Selepas Perkahwinan

9-10

2.2 Kelahiran

11-12

2.2.1 Pantang Semasa Mengandung

13-15

2.2.2 Pantang Semasa Bersalin

15-17

2.3 Penceraian

18

2.4 Kematian

19

3.0 Kesimpulan

20-22

Rujukan

22

Adat dan Pantang Larang Masyarakat Orang Asli

Pengenalan

Menurut catatan sejarah hubungan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat Melayu bermula dengan kegiatan 'pemburuan hamba abdi' ( Endicott 1983 ). Di samping itu perhubungan dengan masyarakat luar juga dibentuk melalui kegiatan pertukaran hasil-hasil hutan dengan barang keperluan masyarakat Orang Asli.

Melalui kegiatan pertukaran masyarakat Orang asli membentuk perhubungan dengan masyarakat Melayu dan Cina, yang bertindak sebagai orang tengah. Namun bentuk perhubungan masyarakat Orang Asli kini mula mengalami perubahan. Perhubungan ini tidak lagi hanya terbatas di antara peniaga dan Orang Asli sahaja.

Bentuk lingkungan integrasi masyarakat orang asli kini menjadi lebih luas dan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

Misalnya perhubungan dengan kakitangan JHEOA, Kementerian Kesihatan, jabatan Pertanian, pejabat daerah, Jabatan pendaftaran, dan sebagainya. Di samping itu perhubungan di anatara asyarakat Jakun dengan masyarakat luar berterusan melalui penjaja, peniaga, pendatang asing, penyebar agama dan lain-lain.

Kepelbagaian golongan yang berintegerasi dengan masyarakat Orang Asli juga dijelaskan oleh Hood (1980). Antara golongan yang didapati berintegerasi dengan masyarakat Orang Asli termasuk penyebar agama orang tengah, pekerja balak, tentera, pengawas hutan, pelancong dan ahli antropologi dan sosiologi.

Melalui integerasi yang dibentuk dengan kesemua golongan masyarakat ini, akhirnya telah meninggalkan pelbagai kean sosial dan budaya, masyarakat Orang Asli cuba melakukan dengan nilai-nilai dan norma-norma baru mengikut kesesuaian dan kepentingan masing-masing. Akhirnya kesan yang paling jelas akan membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Orang Asli.

Di samping itu melalui integerasi masyarakat Orang Asli dengan masyarakat luar, turut meninggalkan kesan buruk. Kesan yang paling ketara boleh dilihat menerusi masalah sosial seperti pelacuran, perjudian, dan...