BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEKS PENGACARA MAJLIS
UNTUK
PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAH
BERSAMA KOMUNITI PERINGKAT NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAHUN 2011
29 NOVEMBER 2011
PKG TAMPIN
Masa | CUE | ANN 1 |
11.00 | Ketibaan tetamu | Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Pusat Akses Sekolah bersama Komuniti Peringkat Negeri Sembilan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi Tahun 2011. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. |
Masa | CUE | ANN 2 |
11.20 am | Ketibaan YB Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli | Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato' Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus dengan diiringi : Yang Berusaha En Mohd Shohimi bin Abdul Halim (Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan) Tn Abdullah bin Yussuf KPP BTPNNS, Tn Hj Hamzah bin Abu Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas. |
Masa | CUE | ANN 3 |
11.21 am | Lagu Negara ku dimainkan YB, para tetamu jemputan dan hadirin dijemput duduk | Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri. Mohon Yang Berhormat Dato' serta hadirin sekalian mengambil tempat. |
Masa | CUE | ANN 4 |
11.30 am | Setelah semua hadirin berada di tempat duduk | Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Yang Berhormat Dato' Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus. Yang Berusaha En Mohd Shohimi bin Abdul Halim Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan) Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan Yang Berusaha Tn Hj... |