differences between studying locally and studying abroad

Essay by watifCollege, UndergraduateC+, October 2013

download word file, 3 pages 0.0

Perintah melakukan sesuatu meliputi wasilahnya

Sesuatu perkara wajib yang tidak sempurna melainkan dengan,ia(wasilahnya)juga menjadi wajib. Oleh itu , ia ada kaitan dengan kaedah sesuatu suruhan yang membawa maksud haram maka wasilah atau factor-faktornya juga haram . Begitu juga sesuatu yang membawa maksud wajib maka wasilahnya juga wajib .

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat,yang pada solatnya dia tidak bebicara pada dirinya sendiri (iaitu mendirikan dengan khusyuk) nescaya Allah swt akan memberikan ampunan kepada-Nya atas dosa-dosanya yang lalu." -(Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Dalil pensyariatannya adalah sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Ma'idah (5) ayat 6:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ …

Maksudnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhkanlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali..."

Menurut Ibn Kathir, ayat ini adalah suatu perintah supaya melakukan wuduk ketika ingin menunaikan solat. Namun bagi orang yang berhadas, ia adalah wajib dan bagi orang yang ingin bersuci ia adalah sunat serta amat digalakkan. Dikatakan perintah berwuduk setiap kali solat adalah wajib pada permulaan Islam kemudian ia telah dinasakh. Ini kerana ia membebankan lalu dibolehkan berwuduk sekali sahaja untuk semua solat selama mana seseorang itu tidak berhadas.

Sementara itu, ulama juga telah menetapkan berwuduk wajib disertai dengan niat. Kemudian digalakkan seseorang menyebut nama Allah sebelum membasuh muka dan membasuh dua tapak tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air.Semua ini boleh didapati dalam kebanyakan hadith tentang wuduk.

Dari itu, dapat difahami bahawa wuduk disyariatkan apabila setiap kali seseorang ingin menunaikan solat. Seseorang boleh melaksanakan solat dengan sekali sahaja wuduk selama mana dia tidak berhadas dan boleh...