sektorr econs

Essay by qiki935 November 2014

download word file, 4 pages 0.0

PENUMPUAN PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN MELALUI GLOBALISASI DAN MAKLUMAT

Terdapat beberapa keadaan yang seolah-olah membuatkan teori penumpuan C. Kerr, J.T. Dunlop, F. Harbison dan C. Myers lebih cenderung untuk diterjemahkan menjadi realiti di tahun-tahun yang akan datang daripada ia muncul pada masa keagungan teori mereka. Yang pertama adalah pada penghujung perang dingin yang secara automatik membawa kepada pengakhiran satu sistem politik dan ekonomi. Terdapat beberapa tanda ekonomi perancangan pusat bergerak ke arah sistem berorientasikan pasaran yang merupakan keinginan untuk memperkenalkan beberapa bentuk tripatisme. Dalam hal ini di Asia Vietnam adalah mungkin contoh terbaik kerana ia mengalu-alukan program ILO melalui tripatisme, dan kerajaan telah meminta susulan aktiviti alternatif dan melihat tripatisme sebagai satu proses yang berguna yang seimbang melalui pembangunan ekonomi dan sosial yang dapat dicapai. Bahkan institusi-institusi antarabangsa seperti Bank dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah dipanggil untuk lebih terlibat dalam kesatuan bagi proses pembangunan. Malah, dalam Laporan pembangunan Dunia akhir mereka, Bank Dunia menganggap kebebasan berpersatuan sebagai satu ciri yang penting bagi pasaran ekonomi.

Keadaan kedua ialah revolusi mikro-elektronik dan kepesatan sebahagian besar dunia yang memberi kesan antara satu sama lain, dan demikian dapat meningkatkan satu tahap yang lebih besar daripada pluralisme sebelumnya. Sesetengah negara berhadapan dengan dilema yang memerlukan kecanggihan sistem maklumat untuk meningkatkan ekonomi mereka, pada masa yang sama mengharap untuk mengecualikanakses masyarakat terhadap maklumat yang dianggap sebagai terlalu 'liberal' dan ini merupakan tugas yang semakin mustahil. Seterusnya, sama penting (equally significant) merupakan proses globalisasi yang mempunyai potensi untuk menggalakkan penumpuan atas beberapa sebab. Sepanjang suku abad terakhir, bilangan Syarikat multinasional telah meningkat daripada kira-kira 7,000 kepada kira-kira 38000. Dengan penurunan sekatan terhadap pelaburan, angka-angka ini mungkin akan meningkat dan bentuk baru bagi pengurusan sedang dipopularkan di Asia, walaupun mereka berkemungkinan untuk mengubahnya untuk disesuaikan dengan persekitaran tempatan yang tertentu. Keperluan untuk berdaya...