Contoh Teks Emcee

Essay by HayatiCollege, Undergraduate November 2014

download word file, 5 pages 0.0

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAH

BERSAMA KOMUNITI PERINGKAT NEGERI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAHUN 2011

29 NOVEMBER 2011

PKG TAMPIN

Masa

CUE

ANN 1

11.00

Ketibaan tetamu

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Pusat Akses Sekolah bersama Komuniti Peringkat Negeri Sembilan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi Tahun 2011.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Masa

CUE

ANN 2

11.20 am

Ketibaan YB Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato' Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus dengan diiringi :

Yang Berusaha En Mohd Shohimi bin Abdul Halim (Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan)

Tn Abdullah bin Yussuf KPP BTPNNS,

Tn Hj Hamzah bin Abu Pegawai Pelajaran Daerah Tampin

dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

Masa

CUE

ANN 3

11.21 am

Lagu Negara ku dimainkan

YB, para tetamu jemputan dan hadirin dijemput duduk

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.

Mohon Yang Berhormat Dato' serta hadirin sekalian mengambil tempat.

Masa

CUE

ANN 4

11.30 am

Setelah semua hadirin berada di tempat duduk

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berhormat Dato' Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Berusaha En Mohd Shohimi bin Abdul Halim

Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan)

Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan

Yang Berusaha Tn Hj...