jurnal refleksi

Essay by fatenchehassanCollege, Undergraduate March 2014

download word file, 5 pages 0.0

Jurnal Refleksi Latihan Mengajar SMK Seremban 2

Minggu 1

Pengenalan

Pada tanggal 15 Julai 2013, bermulalah detik baru dalam perjalanan saya sebagi seorang pelajar yang ingin menimba ilmu untuk menjadi seorang pendidik. Pada hari pertama iaitu hari Isnin, saya datang melapor ke sekolah berkenaan dan berjumpa Guru Penolong Kanan, Puan Hjh Nor Aziah Binti Nordin. Beliau memberikan sedikit taklimat ringkas kepada saya dan memperkenalkan saya kepada dua orang guru pembimbing yang terdiri daripada guru subjek Perdagangan dan guru subjek Prinsip Perakaunan. Memandangkan keadaan fizikal saya yang agak genit dan rendah mereka kelihatan agak ragu-ragu dengan kebolehan saya untuk mengajar sehingga ada seorang guru wanita memandang saya dengan pandangan yang sukar saya tafsirkan. Masih terngiang-ngiang ayat yang dituturkan yang membuatkan semangat saya agak goyah untuk berada di suasana baru malahan saya berseorangan untuk menjalani latihan mengajar di sekolah itu. 'Oh, you're the new practicum teacher, hmmm...too small!'. Tidak pasti pula saya apa yang cuba dimaksudkan oleh guru wanita tersebut.

Apa yang pasti setelah diberikan taklimat ringkas oleh guru pembimbing dan keadaan disiplin sekolah berkenaan barulah saya sedar perjalanan saya di sekolah ini bakal melakar seribu kenangan yang akan membuatkan saya belajar erti pengalaman menjadi seorang guru. Saya telah diberi tiga kelas yang mana dua daripadanya adalah kelas Perdagangan dan satu kelas gabungan Prinsip Akaun. Pengetua sekolah berkenaan juga turut memberikan semangat dan dorongan kepada saya dengan menunjukkan beberapa rekod pencapaian pelajar kelas-kelas yang diajar oleh saya. Beliau turut menggalakkan saya supaya berusaha lebih gigih untuk menarik minat pelajar berkenaan dalam subjek yang diajar.

Kelas pertama pertama saya bermula pada hari kedua saya memulakan latihan mengajar kerana pada hari pertama guru pembimbing turut serta di dalam kelas dan saya hanya memerhatikan cara guru pembimbing saya mengajar dan memerhati tingkah laku pelajar-pelajar dalam kelas berkenaan. Kelas pertama saya mulakan dengan sesi...