syarahan

Essay by ilkvnw September 2014

download word file, 1 pages 0.0

Downloaded 2 times

Syarahan- "Masalah Penyalahgunaan Dadah di Golongan Remaja dan Langkah-langkah untuk menanganinya".

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengetua, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah: Masalah Penyalahgunaan Dadah di Golongan Remaja dan Langkah-langkah untuk Menanganinya".

Para hadirin yang dihormati,

Dadah ialah suatu bahan kimia yang mengubah atau menjejaskan fungsi badan . Dadah sering disalahgunakan oleh orang ramai dan merupakan satu perbuatan yang keji, iaitu perbuatan yang melanggar ajaran agama dan norma masyarakat.

Dadah ini mempengaruhi banyak perkara terutamanya kesihatan seseorang penagih dadah. Ia menumpul derianya dan otak yang membuatkan pengagih dadah itu tidak dapat berfikir dengan betul. JIka dadah ini diambil terlalu banyak, badan penagih tidak dapat mengendalikan ia, dan penagih akan rebah lalu mati.

Penyalahguanaan dadah boleh menjejaskan hubungan keluarga penagih juga. Jika seorang sudah lama ketagih kepada dadah, dia akan mengambil lebih dan lebih banyak dadah untuk mencapai kesan dadah seperti pada mula dia mengambil dadah itu.

Akibatnya, meraka akan menggunakan kesemua wang mereka untuk membeli dadah dan akan mencuri wang daripada keluaraga, yang sebenarnya untuk perbelanjaan harian, yuran sekolah anak-anak dan sebagainya.

Saudara-saudari sekalian,

Sebenarnya ada banyak yang boleh dilakukan untuk mengelakkan golongan remaja daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Salah satu langkah itu ialah ibu bapa perlu selalu memantau pergerakan anak-anak mereka dan kelakuan mereka di kawasan sekolah maupun di luar sekolah. Remaja yang seperti setahun jagung dan darah setampuk pinang akan terikut-ikut jejak langkah rakan sebaya mereka. Jadi, ibu bapa harus mengetahui perbuatan anak-anak mereka supaya memastikan mereka tidak terlibat dalam masalah sosial ini.

Selain daripada itu, memberi didkan keagamaan dan moral mampu membentukkan sahsiah remaja rupada menjadikan mereka berperibadi mulia. Didkan agama dan moral sebagai perisai yang berupaya untuk menghlang godaan maksiat yang disaksikan oleh remaja disekililing mereka. Akhirnya, remaja boleh mempunyai pedoman kehidupan...