creatif thinking (malay version)

Essay by nuruljannahUniversity, Bachelor's February 2014

download word file, 7 pages 0.0

Downloaded 2 times

Soalan 1

Maksud pemikiran Lateral.

Pemikiran lateral adalah satu kemampuan seseorang untuk berfikir secara kreatif atau dalam erti kata lain berfikir di luar kotak. Kadang-kala, pemikiran jenis ini lebih sinonim dilihat pada insan-insan yang terlibat dalam bidang perniagaan.

Mereka yang berfikiran lateral ini lazimnya menggunakan inspirasi dan daya imaginasi dalam menyelesaikan masalah dan mereka yang berfikiran lateral menjana idea melalui perspektif yang tidak dijangka. Selain itu, cara pemikiran ini juga agak unik kerana mengetepikan perkara yang jelas, mengabaikan cara pemikiran tradisional yang mengongkong batas kreativiti dan membuang prasangka.

Maksud pemikiran Vertikal

Berbeza dengan pemikiran lateral, pemikiran vertikal pula adalah jenis pemikiran yang berpaksikan kepada perkara yang tepat, berasaskan fakta dan logik akal. Pemikiran ini lebih terdorong kepada sesuatu yang berunsur linear dan tidak menyimpang jauh dari perkara yang telah disahkan kesahihan dan sentiasa menurut peraturan yang telah ditetapkan.

Lazimnya, gaya pemikir vertikal ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang matematik dan sains.

Mereka lebih memfokuskan kepada formula dan teori-teori yang sedia ada untuk menyelesaikan satu masalah.

Soalan 2

Seorang pemikir kreatif Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya mengubah pandangan dunia tentang Malaysia yang dulunya dikategorikan sebagai negara dunia ketiga dan kini Malaysia telah mengorak langkah mendekati status negara maju.

Pemikiran Tun Dr Mahathir berjaya membawa beberapa anjakan paradigma sewaktu beliau masih memegang tampuk pemerintahan Malaysia. Antara kejayaan yang berjaya di bawa Tun Dr Mahathir ialah pada tahun 1985 kelahiran kereta nasional Malaysia yang pertama iaitu Proton Saga. Sebelum membuat keputusan ini, beliau telah berfikir secara strategik melalui:

Pembacaan mengenai laporan kekuatan dan kelemahan kereta yang dihasilkan di Barat.

Analisis secara mendalam mengenai peralatan sesebuah kereta. Misalnya, komponen-komponen kereta enjin dan pelbagai perkara lagi mengenai kereta.

Turut serta dalam sesi taklimat mengenai kereta di kilang kereta itu sendiri bagi mengetahui, memahami serta melihat sendiri cara pembuatan kereta Jepun.

Hasil daripada...