Aspek budaya dalam penterjemahan novel Memoirs of a Geisha

Essay by 7inches4funUniversity, Bachelor'sC-, August 2009

download word file, 5 pages 0.0

Downloaded 4074 times

Aspek budaya dalam penterjemahan novel Memoirs of a Geisha1.0AbstrakKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek budaya yang terdapat dalam novel Memoirs of a Geisha. Novel Memoirs of a Geisha telah dijadikan bahan kajian. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat bagaimana penterjemah menterjemah perkataan, frasa atau ayat ke dalam bahasa sasaran dan apakah faktor-faktor budaya sertá faktor lain yang menyebabkan dan mempengaruhi perubahan tehadap perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa sasaran. Selain itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat adakah ciri-ciri atau makna perkataan, frasa atau ayat dalam novel tersebut telah berubah maknanya selepas diterjemah ke dalam bahasa sasaran. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan menganalisi data dari sebuah novel dalam bahasa sumber dan juga bahasa sasarannya iaitu bahasa Melayu. Dalam terjemahan yang dilakukan oleh penterjemah dari bahasa Inggeris ( bahasa sumber ) ke bahasa Melayu ( bahasa sasaran ), terdapat unsur-unsur budaya yang menghalang penterjemah dari menterjemah perkataan, frasa atau ayat.

2.0 PengenalanSifat-sifat sesuatu bahasa itu dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. Bahasa juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas minda dan tingkah laku para penutur bahasa tersebut. Maka dapatlah dikatakan di sini bahawa wujudnya hubungan pengaruh-mempengaruhi yang erat antara penterjemah, pembaca, bahasa itu sendiri dan juga budaya.

Dalam penterjemahan, penterjemah haruslah mempertimbangkan bentuk-bentuk ayat dan perkataan yang hendak digunakan. Hal ini bagi memastikan kesinambungan fakta yang hendak disampaikan kepada pembaca sasaran sama kesannya dengan apa yang disampaikan dalam buku bahasa sumber.disini, penterjemah mengalami beberapa masalah dalam menterjemah karya asal terutamanya dalam aspek budaya. Menurut Tyler (1790), satu-satu terjemahan yang baik merupakan satu hasil yang berjaya menyerapkan kebaikan karya asal begitu sekali ke dalam bahasa yang lain sehinggakan dapat dirasai dan ditanggapi oleh penutur asli bahasa tersebut seolah-olah hasil terjemahan tersebut merupakan hasil asli dalam bahasa tersebut. Negara kita mempunyai budaya yang berbeza dengan budaya negara luar. Oleh yang demikian, penterjemah harus mengtahui budaya masyarakat Malaysia sebelum menterjemah buku dalam bahasa sumber ke bahasa sasaran dengan betul. Buku yang diterjemah pula haruslah mengandungi kesan yang sama, yakni kesan perkara yang hendak disampaikan dalam buku bahasa sumber tersebut sama dengan hasil terjemahan. Terjemahan yang tidak bagus akan mendatangkan hasil yang tidak memberangsangkan terutamanya kepada para pembaca yang ingin mendapatkan kesan yang sama dengan ketika membaca buku tersebut dalam bahasa sumber.

Terdapat juga masalah bagi para penterjemah semasa melakukan penterjemahan. Kadang-kadang penterjemah akan mengalami kesukaran dalam menterjemah perkataan, frasa atau ayat kerana aspek budaya yang berbeza. Perkataan tersebut tidak terdapat dalam bahasa sasaran. Di sini, penterjemah perlu mengambil pendekatan sama ada perlu mencari perkataan lain yang seerti atau hampir sama maksudnya dengan perkataan dalam bahasa sumber. Persoalannya disini, adakah perkataan, frasa atau ayat tersebut boleh mendatangkan kesan yang sama dengan perkataan, frasa atau ayat yang digunakan dalam bahasa sumber? Adakah pembaca akan berpuas hati dengan hasil terjemahn tersebut? Dalam hal ini, penterjemah harus bijak dalam memilih padanan perkataan dan bijak mengolah ayat agar hasil terjemahan tersebut tidak lari daripada maksud asal dalam bahasa sumber.

Jelas menunjukkan bahawa budaya memainkan peranan penting dalam menentukan cara penterjemah menterjemah sesuatu karya tersebut. Tanpa mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu budaya dalam bahasa sumber dan sasaran, penterjemah tidak dapat menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi.

3.0 Pernyataan masalahDalam teks asal iaitu bahasa sasaran, kesan yang diperolehi oleh pembaca adalah berbeza jika hendak dibandingkan dengan hasil yang diterjemahkan ke bahasa sumber. Hal ini berlaku kerana dalam setiap terjemahan, akan terdapat halangan yang dihadapi oleh penterjemah untuk menterjemah beberapa perkataan, frasa atau ayat ke dalam bahasa sumber. Budaya yang berbeza menjadi faktor yang menyebabkan berlakunya kekangan tersebut.

Terdapat juga perkataan dalam bahasa Inggeris yang tidak dapat diterjemah terus ke dalam bahasa Melayu. Penterjemah perlu melakukan penterjemahan dengan mencari perkataan yang hampir sama maknanya dengan perkataan yang terdapat dalam bahasa sumber tersebut. Selain itu, struktur dalam bahasa sumber juga kadang-kadang berbeza bentuknya dalam bahasa sumber menyebabkan berlaku perubahan makna jika penterjemah menterjemah secara terus. Perkataan-perkataan, frasa atau ayat mungkin sekali mempunyai makna yang tidak dapat penterjemah menterjemah perkataan, frasa atau ayat tersebut kerana kekangan budaya. Penterjemah perlu mencari alternatif lain untuk mencari perkataan, frasa atau ayat untuk menyampaikan makna yang hendak disampaikan dalam bahasa sasaran agar sama dengan apa yang disampaikan dalam bahasa sumber.

Kekangan budaya dalam bahasa sasaran membantutkan hasil terjemahan dalam bahasa sasaran tersebut. Budaya Melayu yang terkenal dengan unsur-unsur sopannya manakala dalam bahasa Inggeris, penggunaan bahasanya agak tidak berpadanan dengan unsur yang terdapat dalam budaya Melayu. Penterjemah perlu memastikan kesan daripada terjemahan mereka sama dengan yang terdapat dalam bahasa sumber.

Masalah penyesuaian budaya adalah agak rumit dan kompleks. Bahasa dan budaya itu sendiri tidak dapat dipisahkan dan saling berkait antara satu sama lain. Perbendaharaan kata dalam sesuatu bahasa mendapat maknanya daripada masyarakat itu sendiri dan masyarakat tersebut dibentuk daripada unsur-unsur budaya yang diterapkan sejak dari kecil lagi.

4.0 Objektif kajianObjektif kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sama ada kekangan budaya mempengaruhi hasil terjemahan yakni impak yang diterima oleh para pembaca dalam bahasa sasaran. Objektif kajian hanya tertumpu kepada tiga objektif iaitu;i)Mengenal pasti sama ada makna dalam teks asal berubah dalam teks terjemahan.

ii)Mengenal pasti faktor-faktor budaya yang terlibat dalam terjemahan novel Memoirs of aGeisha.

iii)Mengenal pasti pilihan perkataan yang digunakan oleh penterjemah.

5.0 Persoalan kajianPersoalan kajian dibentuk berdasarkan objiektif-objektif kajian yang telah dinyatakan. Persoalan kajian ini adalah seperti berikut;i)Adakah makna dalam teks asal berubah apabila diterjemah?ii)Apakah faktor-faktor budaya yang terdapat dalam novel Memoirs of a Geisha?iii)Apakah pilihan perkataan yang digunakan oleh penterjemah?6.0 Kepentingan kajianKebudayaan merupakan salah satu unsur dalam bahasa. Setiap bahasa akan membawa kebudayaan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Maka, apabila penterjemah menterjemah sesuatu teks atau seni penulisan, penterjemah tersebut tidak lari dari membawa unsur kebudayaan ke dalam masyarakat sasarannya. Penterjemah perlu berhati-hati dalam menterjemah sesuatu yang mempunyai unsur budaya agar kesan yang terdapat dalam bahasa sumber akan sama diperolehi oleh pembaca sasarannya. Penterjemah yang melakukan terjemahan secara semberono akan menyebabkan hasil terjemahan tidak mempunyai kesan yang sama seperti yang terdapat di dalam bahasa sumber. Selalunya, kekangan budaya banyak mempengaruhi hasil terjemahan. Penterjemah perlu memikirkan cara untuk menterjemah unsur tersebut agar impak terjemahan sama seperti yang terdapat dalam bahasa sumber. Hasi terjemahan diharap dapat diterima oleh pembaca dalam bahasa sumber. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sama ada penterjemah novel Memoirs of a Geisha mengabaikan unsur-unsur tersebut dan menterjemah secara literal atau secara terus tanpa mempedulikan kesan serta unsur budaya yang terdapat dalam bahasa sumber dan sasaran atau pun tidak?7.0 Skop kajianKajian ini meliputi aspek kekangan budaya serta aspek lain yang mempengaruhi penterjemah dalam menterjemah perkataan, frasa atau ayat. Kajian hanya tertumpu kepada novel Memoirs of a Geisha yang telah diterjemah ke bahasa sasaran iaitu bahasa Melayu dari bahasa Inggeris. Kajian yang dilakukan terbatas kepada beberapa data yang dikutip hanya pada novel tersebut sahaja.

Kajian juga dilakukan untuk melihat padanan perkataan yang dilakukan oleh penterjemah terhadap perkataan, frasa atau ayat yang mengandungi unsur budaya sama ada padanan yang dilakukan mengubah makna unsur tersebut. Dengan melihat unsur-unsur tersebut, kajian akan meliputi unsur-unsur budaya yang terdapat dalam data yang diperolehi serta kesannya terhadap hasil terjemahan tersebut.

Methodologi kajianBahan yang digunakan dalam kajian adalah novel Memoirs of a Geisha iaitu dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa sasaran dan juga bahasa Melayu yang merupakan bahasa sumbernya.

Sumber rujukan yang diperlukan diperolehi daripada perpustakaan dan juga internet. Bahan rujukan yang digunakan adalah seperti jurnal-jurnal dan juga tesis yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Sumber ini diperolehi daripada internet.

Kaedah kedua untuk mendapatkan sumber rujukan bagi menjalankan kajian ini adalah dengan mengunjungi perpustakaan bagi mendapatkan beberapa buku-buku, jurnal dan juga tesis yang berkaitan dengan tajuk kajian ini.

Data akan diambil dari novel Memoirs of a Geisha. Beberapa data, iaitu penterjemahan beberapa perkataan, frasa atau ayat yang mengandungi unsur budaya dikenal pasti. Kelainan data yang mengadungi kesan budaya tersebut akan dinyatakan. Kemudian kelainan tersebut akan di analisis untuk melihat mengapa perkara tersebut berlaku. Sebab-sebab yang dikenal pasti mengapa berlakunya hal tersebut akan dinyatakan.